Skip to main content

Anda Pasti Terkejut Bagaimana ‘Produk’ Ini Boleh Dijual Di Ebay!


Pada zaman kegawatan ekonomi dan harga barang yang sentiasa naik, ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tapi masih ramai yang masih tak tahu nak berniaga terutamanya berniaga online.
Tetapi masalah peniaga online ini adalah menarik trafik ke website untuk membuat jualan. Kekangan utama peniaga online adalah menarik trafik. Jika menggunakan facebook ads memang boleh mendapatkan trafik, tetapi memakan kos yang tinggi apabila telah ramai pesaing menjual produk yang sama.
“Ebay telah menyelesaikan masalah peniaga yang tak pandai membuat sales”
Saya kongsikan beberapa barang yang boleh di jual di ebay ketika ekonomi gawat. Dengan modal yang rendah, anda masih boleh membuat jualan di ebay jika kena caranya.

Kita mulakan dengan modal RM8. apa yang anda boleh jual?
Daun Ketapang
Ini adalah ebay seller dari Malaysia, sama seperti anda juga masih tinggal di Malaysia tetapi menikmati pendapatan dalam US dolar. Dia menjual daun ketapang atau dalam Bahasa Inggeris, catappa leave atau indian leave dan nama saintifiknya adalah Terminalia Catappa leave. Dengan modal RM8 buat beli pos flexipax anda dah mampu membuat jualan sebanyak USD5.75 seunit.

Mari kita buat kira-kira sedikit
Modal pos : RM8 ( $1.8)
Sale seunit : RM25.60 ( $5.75)
Ebay fees : $0.58
Paypal fees : $0.47
Untung bersih seunit : $5.75 – $1.8 – $0.58 – $0.47 = $2.90 (RM12.92)
Dengan menggunakan tukaran matawang pada $1 = RM4.4541
Seller ebay ni dalam diam-diam telah berjaya menjual sebanyak 76 unit.
Keuntungan hasil dari jualan ini adalah RM12.92 X 76 unit = RM981.92!

OK lah kan? Dengan modal seunit RM8 sahaja, anda sekarang dah berjaya menghasilkan untung bersih sebanyak RM981.92!
Kat mana nak dapatkan pokok ni? Apa orang putih buat dengan daun ni?
Habitat asal pokok ketapang adalah dari Asia Tenggara, pokok Ketapang biasanya boleh ditemui di tepi pantai dan juga di tepi lebuhraya. Pokok ini hidup subur di tempat yang berpasir. Namun malangnya pokok ini jarang mendapat perhatian di Malaysia oleh kerana ramai yang tak tahu khasiatnya.
Kebiasaanya di pantai-pantai pokok ini digunakan sebagai mencantikkan landskap dan tempat teduhan. Kegunaan daun pokok ketapang kebiasaanya adalah untuk mengubati penyakit sendi oleh orang-orang lama.
Tetapi orang putih menggunakan daun ketapang untuk diletakkan di dalam aquarium. Fungsi daun ketapang ini adalah untuk mengawal PH air dan menyerap sebarang bahan kimia yang terkandung dalam akuarium. Ada juga yang menggunakan daun ini untuk menggalakkan pembiakan udang.
Oleh kerana di negara barat pokok ini tidak boleh hidup di kawasan bermusim, daun ketapang menjadi permintaan tinggi di sana walaupun kita boleh dapat di negara Malaysia secara percuma sahaja.

Tongkat Ali
Di Malaysia, serbuk Tongkat Ali boleh didapati dengan mudah daripada pembekal-pembekal tempatan sama-ada secara online dan juga offline.
1 oz = 28.35 gram
Jika anda lihat di bawah adalah penjual online. Dia menjual serbuk tongkat ali dengan berat 200 gram berharga RM25 sahaja.
Dengan modal RM3.54/ oz, seller ebay ini berjaya menjual dengan harga $9.95 per oz sebanyak 504 unit!

Mari kita buat kira-kira sedikit
Modal 1 oz serbuk tongkat Ali : $0.8
Modal pos : $1.8
Jualan 1 oz : $9.95
Customer bayar pos : $2.55
Yuran ebay : $1.25
Yuran paypal : $0.66
Keuntungan bersih se unit : $9.95+$2.55-$0.80-$1.80-$1.25-$0.66 =$7.99 @RM35.54
Seller ebay ini Berjaya menjual sebanyak 504 unit bersamaan dengan RM35.54 X 504 = RM17,912.16! 
Hanya dengan menjual serbuk tongkat ali sahaja anda sudah mampu meraih pendapatan sebanyak RM17,912.16 secara sampingan sahaja.
Silap hari bulan anda mungkin boleh meninggalkan pekerjaan utama anda dan menjadikan bisnes di ebay ini sebagai sumber pendapatan utama anda. 🙂
Sebenarnya banyak barang sumber alam di Malaysia ini yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara sana. Kalau tidak, tak mungkinlah ketika zaman kesultanan melayu Melaka penjajah sanggup merantau ke Melaka untuk mendapatkan rempah ratus di Tanah Melayu.
Anda boleh jadikan idea ini sebagai bisnes yang mudah di buat di ebay!
Selamat mencuba!
*Kredit: perkongsian di atas adalah ditulis oleh rakan saya, Zul Ariffin.
shadow-ornament
Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.
Ada 3 pakej yang anda boleh pilih:
1. RM97
✔ eBook Panduan ebay intelligence sahaja
2. RM197 (Recommended!)
✔ eBook Panduan ebay intelligence
✔ Adobe Photoshop Portable
✔ Document Template Follow up customer
✔ Tools kit ebay
✔ Document template avatar multiple account
✔ 400 niche berpotensi di ebay
✔ Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
✔ Ultimate guide for dropshipping
✔ 50 ways to make your first sale
✔ group support di FB
3. RM497
✔ Bengkel Ebay Intelligence
✔ eBook Panduan ebay intelligence
✔ Adobe Photoshop Portable
✔ Document Template Follow up customer
✔ Tools kit ebay
✔ Document template avatar multiple account
✔ 400 niche berpotensi di ebay
✔ Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
✔ Ultimate guide for dropshipping
✔ 50 ways to make your first sale
✔ group support di FB
.
PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang bakal anda peroleh di Ebay hasil daripada ilmu yang anda peroleh daripada ebook ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali ganda daripada nilai pelaburan ini!
Take it or Leave it.
shadow-ornament

Comments

Popular posts from this blog

10 WEBSITE BORONG PALING MURAH DI CHINA.. (YANG NO. 2 TU BELI SEUNIT PUN MURAH TAU!)

Melalui artikel kali ini, sedikit perkongsian website borong barang China yang anda boleh dapat dengan murah dan sesuai untuk dijadikan bisnes dropship/Ebay. Ramai yang tidak tahu sebenarnya terdapat banyak website yang boleh anda borong barang China online tanpa perlu ke sana. 10 website borong barangan China yang anda perlu lawati : 1. 1688 Website 1688 ini menyediakan MOQ serendah 5 unit. Harga barangan akan berbeza mengikut range MOQ customer inginkan. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan website 1688 DI SINI sumber : https://www.1688.com/ 2. Taobao Sebuah laman jual-beli China yang popular dikalangan pembeli luar negara kerana harganya murah.Taobao menawarkan pelbagai variasi produk tanpa MOQ sumber : https://www.taobao.com/ 3. Tmall Sama seperti laman web Taobao , cuma bezanya terdapat brand-brand besar seperti Nike, Apple, Sony dan banyak lagi sumber : https://www.tmall.com/ 4. DealExtreme Kebanyakan supplier barang elektronik...

Jualan minyak lintah RM201,739.06 setahun di ebay USA

Jualan minyak lintah ini adalah bermula dari Jun 2019 sehingga Mei 2020 Artikel kali ini saya nak kongsikan kepada anda sedikit statistik berkenaan dengan jualan produk tempatan iaitu minyak lintah Siapa sangka seller Malaysia mampu menjual produk kebanggaan tempatan iaitu niche yang boleh dikatakan “evergreen” di pasaran Malaysia Sebenarnya Di USA juga mendapat permintaan yang tinggi setiap bulan. Ramai pengguna di sana sudah mula sedar bahawa penggunaan bahan organik adalah lebih baik berbanding produk yang berunsur bahan kimia kenyataan ini diterjemahkan hasil daripada data jualan minyak lintah dalam tempoh 1 tahun yang lepas bermula dari artikel ini ditulis. Jom kita tengok sedikit statistik jualan minyak lintah oleh ebay seller Malaysia bermula dari bulan Jun 2019 sehinggalah April 2020 Mengikut data statistik di atas, bermula pada bulan Jun 2019 sehinggalah bulan April 2020, purata jumlah terjual setiap bulan adalah sebanyak 309 unit. Pada bulan Jun 2019, minyak li...

Lubuk Borong dari China Yang Tak Ramai Orang Tahu

Ramai di kalangan pemborong rata-ratanya belum pernah dengar lubuk borong ini iaitu 1688.com. Ia sebenarnya sama seperti Alibaba.com, tetapi semuanya dalam bahasa Cina, dan untuk pasaran domestik di China. Ada yang percaya bahawa mereka boleh mendapatkan tawaran yang lebih baik, dengan pergi terus ke pembekal pada 1688.com, bukannya Alibaba.com. Tetapi adakah itu benar? Teruskan membaca, dan pelajari jika pembekal 1688.com benar-benar menawarkan harga yang lebih rendah, bagaimana untuk membayarnya dan jika mereka juga mempunyai lesen eksport. Apa itu 1688.com? 1688.com adalah direktori pembekal B2B yang dimiliki oleh Alibaba Group. Sama seperti Alibaba.com, 1688.com adalah portal untuk mencari kilang-kilang, pemborong dan syarikat-syarikat perdagangan. Jadi mengapa ia dipanggil 1688.com, dan bukan Alibaba? Dalam bahasa Cina, 1688 berbunyi sebagai "Yao Liu Ba Ba", yang (jenis) terdengar seperti Alibaba. Penggantian kata-kata untuk nombor bunyi yang sama a...