Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2017

Ini Contoh Barang Mainan Yang Terlajak Laris Di Ebay!

Assalamualaikum  Hari ini saya nak share kepada anda antara produk hot yang anda boleh jual di Ebay. Iaitu barang permainan (toys). Sebenarnya anda tak perlu nak jual semua jenis barang permainan. Cukup hanya fokus 1-2 jenis barang tapi anda cukup arif tentang produk yang anda jual tu. Lagi spesifik lagi bagus. Sebab anda tak akan ada banyak pesaing untuk anda compete dengan penjual di seluruh dunia. Untuk memudahkan pemahaman anda, saya akan tunjukkan antara Top seller kategori mainan di ebay.com oleh penjual dari Malaysia. Ada  24 kategori bahagian toys & hobbies di ebay. Tetapi yang banyak di jual oleh seller Malaysia hanyalah 3 kategori iaitu: Diecast & Toy Vehicles TV,Movie & Character Toys Action Figures Berdasarkan real data terkini 90 hari ( Manual Research + Paid Research, 16 Sept to 15 Dec).  Diecast & toy vehicles  terdapat sebanyak 549 listing yang telah berjaya dijual (Sold item) oleh seller Malaysia. Manakala kategori  TV movie

7 Contoh Makanan Malaysia Yang Anda Boleh Jual Di Ebay!

Assalamualaikum  Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan antara barang-barang makanan yang mungkin anda tak jangka di Ebay pun boleh dijual! Bukan satu bukan dua.. tapi ada yang sampai dah beratus-ratus unit! Apa barang tu? Saya selalu di tanya oleh ramai orang nak jual apa kat ebay ni! Sebenarnya semua barang boleh dijual. Yang penting anda take action! Jom tengok antara barang yang mudah untuk anda dapat di kedai-kedai runcit atau disekeliling anda. Jajan/ junk food Super Ring Nampak tak? Dah lebih 15 unit terjual! Jual super ring ni jer dah bagi seller ni sales sebanyak 310.5 usd bersamaan dengan RM1387! Anda pun mesti pernah makan jajan ni kan? Saya pun suka jajan ni… Tapi jangan lupa, mat salleh pun teringin nak makan jajan lejen ni. So apa lagi? Supply la. Try jual. Insyaallah ada rezeki, pasti ada pembeli. Orang lain boleh jual kenapa tidak anda? Tea Boh Cameron Biasa nampak tak teh ni?  Berapa harga teh ni? Tak sampai rm10 kan? Tengok dia