Secara ringkasnya, dalam industri digital terdapat cara yang membolehkan kita untuk menjual semula produk dan bebas daripada hukuman. Caranya adalah dengan memiliki lesen jual semula untuk produk tersebut. Apabila melihat sesuatu produk itu laris dan sentiasa menjadi sebutan, terdetik di dalam hati untuk menjual produk yang sama tetapi bagai mana? Ada dua cara yang boleh digunakan. Pertama, menulis ebook yang baru sendiri. Kedua, membeli lesen jual semula. Anda boleh cara pertama sekiranya sudah mempunyai pengetahuan dalam topik yang dibincangkan. Anda perlukan masa serta mempunyai idea untuk kembangkan penulisan menjadi ebook. Selain daripada itu anda juga perlu siapkan laman jualan untuk menjual ebook itu nanti. Sekiranya mempunyai kekangan dari segi masa, anda boleh gunakan pilihan yang kedua. Cari ebook yang mempunyai topik yang sama serta mempunyai lesen jual semula. Anda boleh beli lesen jual semula sekiranya pemilik produk tersebut ada sertakan sekali. Kebiasaa...