Skip to main content

Anda Pasti Terkejut Bagaimana ‘Produk’ Ini Boleh Dijual Di Ebay!


Pada zaman kegawatan ekonomi dan harga barang yang sentiasa naik, ramai yang ingin mencari pendapatan tambahan. Tapi masih ramai yang masih tak tahu nak berniaga terutamanya berniaga online.
Tetapi masalah peniaga online ini adalah menarik trafik ke website untuk membuat jualan. Kekangan utama peniaga online adalah menarik trafik. Jika menggunakan facebook ads memang boleh mendapatkan trafik, tetapi memakan kos yang tinggi apabila telah ramai pesaing menjual produk yang sama.
“Ebay telah menyelesaikan masalah peniaga yang tak pandai membuat sales”
Saya kongsikan beberapa barang yang boleh di jual di ebay ketika ekonomi gawat. Dengan modal yang rendah, anda masih boleh membuat jualan di ebay jika kena caranya.

Kita mulakan dengan modal RM8. apa yang anda boleh jual?
Daun Ketapang
Ini adalah ebay seller dari Malaysia, sama seperti anda juga masih tinggal di Malaysia tetapi menikmati pendapatan dalam US dolar. Dia menjual daun ketapang atau dalam Bahasa Inggeris, catappa leave atau indian leave dan nama saintifiknya adalah Terminalia Catappa leave. Dengan modal RM8 buat beli pos flexipax anda dah mampu membuat jualan sebanyak USD5.75 seunit.

Mari kita buat kira-kira sedikit
Modal pos : RM8 ( $1.8)
Sale seunit : RM25.60 ( $5.75)
Ebay fees : $0.58
Paypal fees : $0.47
Untung bersih seunit : $5.75 – $1.8 – $0.58 – $0.47 = $2.90 (RM12.92)
Dengan menggunakan tukaran matawang pada $1 = RM4.4541
Seller ebay ni dalam diam-diam telah berjaya menjual sebanyak 76 unit.
Keuntungan hasil dari jualan ini adalah RM12.92 X 76 unit = RM981.92!

OK lah kan? Dengan modal seunit RM8 sahaja, anda sekarang dah berjaya menghasilkan untung bersih sebanyak RM981.92!
Kat mana nak dapatkan pokok ni? Apa orang putih buat dengan daun ni?
Habitat asal pokok ketapang adalah dari Asia Tenggara, pokok Ketapang biasanya boleh ditemui di tepi pantai dan juga di tepi lebuhraya. Pokok ini hidup subur di tempat yang berpasir. Namun malangnya pokok ini jarang mendapat perhatian di Malaysia oleh kerana ramai yang tak tahu khasiatnya.
Kebiasaanya di pantai-pantai pokok ini digunakan sebagai mencantikkan landskap dan tempat teduhan. Kegunaan daun pokok ketapang kebiasaanya adalah untuk mengubati penyakit sendi oleh orang-orang lama.
Tetapi orang putih menggunakan daun ketapang untuk diletakkan di dalam aquarium. Fungsi daun ketapang ini adalah untuk mengawal PH air dan menyerap sebarang bahan kimia yang terkandung dalam akuarium. Ada juga yang menggunakan daun ini untuk menggalakkan pembiakan udang.
Oleh kerana di negara barat pokok ini tidak boleh hidup di kawasan bermusim, daun ketapang menjadi permintaan tinggi di sana walaupun kita boleh dapat di negara Malaysia secara percuma sahaja.

Tongkat Ali
Di Malaysia, serbuk Tongkat Ali boleh didapati dengan mudah daripada pembekal-pembekal tempatan sama-ada secara online dan juga offline.
1 oz = 28.35 gram
Jika anda lihat di bawah adalah penjual online. Dia menjual serbuk tongkat ali dengan berat 200 gram berharga RM25 sahaja.
Dengan modal RM3.54/ oz, seller ebay ini berjaya menjual dengan harga $9.95 per oz sebanyak 504 unit!

Mari kita buat kira-kira sedikit
Modal 1 oz serbuk tongkat Ali : $0.8
Modal pos : $1.8
Jualan 1 oz : $9.95
Customer bayar pos : $2.55
Yuran ebay : $1.25
Yuran paypal : $0.66
Keuntungan bersih se unit : $9.95+$2.55-$0.80-$1.80-$1.25-$0.66 =$7.99 @RM35.54
Seller ebay ini Berjaya menjual sebanyak 504 unit bersamaan dengan RM35.54 X 504 = RM17,912.16! 
Hanya dengan menjual serbuk tongkat ali sahaja anda sudah mampu meraih pendapatan sebanyak RM17,912.16 secara sampingan sahaja.
Silap hari bulan anda mungkin boleh meninggalkan pekerjaan utama anda dan menjadikan bisnes di ebay ini sebagai sumber pendapatan utama anda. 🙂
Sebenarnya banyak barang sumber alam di Malaysia ini yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara sana. Kalau tidak, tak mungkinlah ketika zaman kesultanan melayu Melaka penjajah sanggup merantau ke Melaka untuk mendapatkan rempah ratus di Tanah Melayu.
Anda boleh jadikan idea ini sebagai bisnes yang mudah di buat di ebay!
Selamat mencuba!
*Kredit: perkongsian di atas adalah ditulis oleh rakan saya, Zul Ariffin.
shadow-ornament
Jika anda berminat untuk belajar menjual di Ebay, Tuan Zul ada sediakan satu panduan lengkap untuk newbie bagaimana nak memulakan bisnes di ebay dengan hanya menggunakan dropship sahaja.
Ada 3 pakej yang anda boleh pilih:
1. RM97
✔ eBook Panduan ebay intelligence sahaja
2. RM197 (Recommended!)
✔ eBook Panduan ebay intelligence
✔ Adobe Photoshop Portable
✔ Document Template Follow up customer
✔ Tools kit ebay
✔ Document template avatar multiple account
✔ 400 niche berpotensi di ebay
✔ Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
✔ Ultimate guide for dropshipping
✔ 50 ways to make your first sale
✔ group support di FB
3. RM497
✔ Bengkel Ebay Intelligence
✔ eBook Panduan ebay intelligence
✔ Adobe Photoshop Portable
✔ Document Template Follow up customer
✔ Tools kit ebay
✔ Document template avatar multiple account
✔ 400 niche berpotensi di ebay
✔ Template keyword ebay feedback (Microsoft word)
✔ Ultimate guide for dropshipping
✔ 50 ways to make your first sale
✔ group support di FB
.
PS. Jika anda rasa pelaburan ini mahal. Cuba bayangkan keuntungan yang bakal anda peroleh di Ebay hasil daripada ilmu yang anda peroleh daripada ebook ini. Income anda mungkin akan jadi lebih berlipat-kali ganda daripada nilai pelaburan ini!
Take it or Leave it.
shadow-ornament

Comments

Popular posts from this blog

10 WEBSITE BORONG PALING MURAH DI CHINA.. (YANG NO. 2 TU BELI SEUNIT PUN MURAH TAU!)

Melalui artikel kali ini, sedikit perkongsian website borong barang China yang anda boleh dapat dengan murah dan sesuai untuk dijadikan bisnes dropship/Ebay. Ramai yang tidak tahu sebenarnya terdapat banyak website yang boleh anda borong barang China online tanpa perlu ke sana. 10 website borong barangan China yang anda perlu lawati : 1. 1688 Website 1688 ini menyediakan MOQ serendah 5 unit. Harga barangan akan berbeza mengikut range MOQ customer inginkan. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut berkenaan website 1688 DI SINI sumber : https://www.1688.com/ 2. Taobao Sebuah laman jual-beli China yang popular dikalangan pembeli luar negara kerana harganya murah.Taobao menawarkan pelbagai variasi produk tanpa MOQ sumber : https://www.taobao.com/ 3. Tmall Sama seperti laman web Taobao , cuma bezanya terdapat brand-brand besar seperti Nike, Apple, Sony dan banyak lagi sumber : https://www.tmall.com/ 4. DealExtreme Kebanyakan supplier barang elektronik...

Facebook Auto Share Bot

𝗢𝗡𝗟𝗜𝗡𝗘 𝗦𝗘𝗟𝗟𝗘𝗥 𝗪𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗔𝗗𝗔 𝗡𝗜, 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗨 𝗡𝗔𝗞 #𝗩𝗜𝗥𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗞𝗟𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗚𝗥𝗢𝗨𝗣 𝗦𝗘𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗨𝗧𝗢! Bisnes di online semakin susah kerana persaing makin ramai dan membuat kan anda rasa nak give up ??? Jangan give up! Selagi anda belum guna kan tool FBOOM ini. Kerana tools ni akan bantu tingkatkan jualan dan membuat iklan lebih nampak pada pembeli. . . FBOOM TERDAPAT 7 FUNGI POWER :- 1️⃣ Auto Posting To Group 2️⃣ Auto Share Post 3️⃣ Auto Add Friend ( Targeted ) 4️⃣ Auto Join Group ( Targeted ) 5️⃣ Auto Inbox Friend 6️⃣ Auto List Marketplace ( New ) 7️⃣ Auto Bump Up post ( New ) . . APA KATA PENGUNA FBOOM :- “ Semejak guna tools ni sales naik mendadak selepas guna beberapa hari. Memang Power! “ ~ Muhammad, Melaka ~ “ Sebagai suri rumah + online seller ni bukan mudah, tapi ada nya fboom memang sangat membantu kerana iklan jalan secara auto dan lebih banyak masa uruskan keluarga “ ~ Aishah, Kuala Lumpur ~ “ I Ada 3 ...

KELEBIHAN SHOPEE BERBANDING PLATFORM LAIN

Zaman sekarang ni, hampir semua orang memilih untuk membeli secara online. Bukan apa, dengan hanya “browse” website Shopee atau app Shopee, anda dapat lakukan jual beli dengan hanya klik dan lepak santai dirumah sahaja. Ada cara mudah, pasti kita akan pilih cara mudah kan? Tak perlu lagi untuk keluar rumah, start enjin kereta, pergi dari satu kedai ke satu kedai untuk survey dan compare harga. Mudah kan dunia sekarang ni? Itu merupakan salah satu daripada kelebihan yang ada pada Shopee. Kalau nak cerita mengenai kelebihan Shopee ni, memang banyak. Tapi dalam banyak-banyak kelebihan Shopee, ada satu yang memang akan buat semua orang rasa macam.. “WOW! Serius la?” Kelebihan ni memang berjaya buatkan Shopee menjadi platform online shopping yang utama. Ia juga merupakan platform online shopping yang paling popular di Malaysia. Tapi, sebelum kelebihan yang satu ini diceritakan, apa kata kalau anda lihat kelebihan lain juga yang ada pada Shopee. Shopee menawarkan berbagai produk...